The latest book I bought. Well it's a novel actually, karya Xarine. Naratif asal pada mulanya boleh dibaca diblog penulis tersebut di bawah tajuk Alexander Al-Mansuri. Semasa membaca novel ini aku seperti dibawa mengembara ke alam jin. Rasa macam real beb. Penulis bijak mengadaptasikan imaginasi beliau dalam perkataan. Beliau juga menggambarkan sesuatu dengan sangat teliti. Antara frasa yang menggambarkan ketelitian beliau ialah,
"Wajahnya bujur, berkulit halus putih dengan matanya bundar bening dipayungi alis nipis berbentuk pedang."
Cuma... aku rasa terdapat sedikit kelemahan pada plot, dimana jin Si Alfus kacak, Alexander mengetahui apa yang terjadi kepada setiap watak, seolah-seolah penulis dan Alex adalah orang yang sama. Dan aku tertanya-tanya, kenapa Alex memilih Azmi untuk didampingi. Ada apa pada Azmi?
Untuk baca sinopsis, sila klik sini.
Biodata penulis pula, klik sini.
0 busy body:
Catat Ulasan